Muhammad al-Fatih Kejayaan Sang Penakluk Konstantinopel

Muhammad al-Fatih Kejayaan Menyeranh Tentara Salib

Muhammad II juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih yaitu daripada kata terbitan “al-fath” seperti Surah al Fatihah berarti surah pembukaan atau “Pembuka yang besar” yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum.

Semasa hayat baginda Rasulullah SAW, baginda telah meriwayatkan, “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.” Selepas kewafatan baginda SAW, terdapat beberapa khalifah umat Islam yang berusaha untuk merealisasikan sabda baginda itu. Antara khalifah tersebut ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib (34 H), Sayyidina Muawiyah (84 H) dan Khalifah Harun Al Rasyid (165 H), namun kesemua usaha itu menemukan kegagalan.

Pada 27 Rejab 835H bersamaan 29 Mac 1432M, Sultan Muhammad II dilahirkan.

Sejak dalam buaian lagi, seorang alim ulama, Syeikh Syamsuddin al-Wali telah menjangkakan bahawa baginda bakal mencipta sejarah yang besar.

Beliau telah berkata kepada ayahanda Muhammad II, Sultan Murad, “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.”.

Sejak itu baginda dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.

Setelah menaiki takhta menggantikan ayahandanya pada usia 19 tahun, baginda mula menjalankan usaha untuk membuka semula Konstantinopel. Bagi merealisasikan sabda Nabi Muhammad SAW yang berkata bahawa kota tersebut bakal ditawan oleh pemimpin, tentera dan rakyat yang baik, maka baginda bukan sahaja berusaha menjadi pemimpin yang baik malahan mendidik bala tentera dan rakyatnya sebaik-baiknya.

Kepemimpinan beliau terserlah melalui sifat sederhananya. Baginda sendiri telah membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir bersama rakyat jelata ketika membina benteng Rumeli Hisarri. Perbuatan baginda telah menyebabkan ulama-ulama serta menteri-menteri berasa malu dan terpaksa ikut serta melakukan kerja-kerja berat itu.

Selain itu baginda berusaha menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang penting dengan rapi untuk menakluk kota itu seperti memperkukuh persenjataan. Kesemua ini bakal menjadi faktor kejayaan baginda dalam penaklukan itu kelak.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera”

Jasa 

  • Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
  • Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
  • Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s